Survey of the McClelland's Theory of Needs on Employees Commitment at PETRONAS Chemicals LDPE Sdn. Bhd.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update blog ni. :)

Hari ke hari tertangguh nak update blog ni. Kaknun sibuk sikit sebab masa tu tengah praktikal dan buat thesis lagi. Tajuk atas tu adalah thesis yang Kaknun buat.  Amacam, gempak tak tajuk? Hihi

Nampak senang tapi hanya yang pernah lalui buat thesis sahaja perasaan tu. Huhuh Untuk pengetahuan semua, Kaknun belajar pasal thesis selama setahun, 1 TAHUN okey. :) Bermula dari Semester 5 - 6.  Dari Introduction, Literature Review, Methodology, Finding Analysis, Conclusion and Recommendation.

Kenapa thesis kaknun buat dekat PCLDPE Sdn. Bhd.? Al-kisahnya, memang dijawibkan buat survey thesis dekat tempat praktikal. Masa latihan praktikal, Kaknun dapat offer dekat situ.  Jujur kaknun nak bagitau, praktikal dekat situ sangat best.  Alhamdulillah dikelilingi oleh staffs yang sangat peramah. AWESOME!

 Sangat mencabar bila buat survey dekat PCLDPE. Sebab apa? Staffs kebanyakan kerja SHIFT. Huhuh  Ambil masa juga nak siapkan survey sebab depa sentiasa takde.  Kaknun bukan setakat buat thesis je tapi Kaknun mesti buat laporan praktikal juga.

Survey pon siap last minute. I hate last minute work. ;( tapi ALHAMDULILLAH.  Allah permudahkan urusan kaknun.  Setiap minggu pergi jumpa supervisor thesis, Prof. Dr. Baharom bin Abdul Rahman & juga extra supervisor, Prof. Norudin bin Mansor. Nak jumpa supervisor kaknun, kena buat appointment dulu sebab supervisor, BUSY. 

Terima kasih ALLAH kerana permudahkan urusanku, terima kasih Mak Ayah, Encik Abu Bakar bin Zakaria & Puan Fatimah Hassan kerana sentiasa sokong dalam apa yang Nun buat, terima kasih adik-beradik kerana memahami (Bang Yub sentiasa jadi banker Kaknun). Hehehe! 

Terima kasih supervisors ajar kaknun dari A until Z z z. The best ever supervisors! Terima kasih semua staff PCLDPE yang terlibat dan terima kasih kepada group thesis, Farhanizah binti Zainal Abidin & Siti Nadia Rosalina binti Rosli dalam usaha sama untuk kita siapkan laporan masing-masing. Thank you semua yang terlibat. 

Fuhh banyaknya Terima Kasih tapi Kaknun suka. :) Alhamdulillah. 



Thesis yang siap di hardboud 




Comments

Popular posts from this blog

Steps Add Favourite Third Party Maybank2U

Beginner